KENYATAAN AKHBAR

9hb November 2006

 

SISTERS IN ISLAM

HAPUSKAN ISA

Sisters in Islam ingin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap kemungkinan penggunaan ISA ke atas mereka yang bertanggungjawab menulis dan menyebarkan SMS palsu dan berniatkan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian antara kaum.

Sebagai ahli Gabungan Mansuhkan ISA, SIS menyeru agar Akta ISA ini dibatalkan kerana ia membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara.

Apa yang penting adalah agar pihak berkuasa menggalakkan masyarakat untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan negara secara aman dan rasional, berdasarkan kepada pengetahuan dan fakta kukuh.

Dikeluarkan oleh Norhayati Hj Kaprawi

Sisters in Islam